Wednesday, 1 February 2012

AMANAH - SENANG DIUCAP, SUKAR DILAKSANA



HADIS RIWAYAT IMAM BUKHARI DAN MUSLIM
"Tiap seorang di antara kamu adalah pengawal yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya (orang yang di bawah peliharaannya). Seorang lelaki adalah pelindung kepada ahli rumahnya yang bertanggungjawab terhadap tanggungannya. Perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Begitu juga seorang khadam adalah pemelihara harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya."


KISAH 1
Pernah suatu masa Abu Dzar meminta Rasulullah SAW melantik beliau untuk memegang sesuatu jawatan tetapi permohonan Abu Dzar ditolak Baginda. Sambil meletakkan tangannya di atas bahu Abu Dzar, Baginda menyatakan (Abu Dzar) seorang yang lemah, manakala jawatan pula adalah amanah. Rasulullah SAW bimbang Abu Dzar akan malu dan menyesal di akhirat kelak kerana tidak dapat dan tidak mempunyai kemampuan menyempurnakan tanggungjawab diamanahkan dengan sempurna.

KISAH 2
Pada suatu hari Baginda pernah melantik seorang lelaki, Al Lutbiyah dari puak Azd sebagai amil memungut zakat. Apabila kembali dengan pungutannya, lalu ia berkata: "Inilah saja yang berhak kepada kamu (zakat) dan yang lain ini telah diberi hadiah kepadaku." Mendengar kata-kata Al Lutbiyah itu, Rasulullah SAW lantas bangkit dari tempat duduknya dan bertanya Al Lutbiyah, adakah hadiah diperoleh itu akan datang jika dia hanya tinggal di rumah ibu bapanya saja. 

Teka-teki Imam al-Ghazali: "Apa yang paling berat di dunia ini?" Jawapannya ialah memikul amanah!
 

No comments:

Post a Comment