Friday, 21 December 2012

PEPATAH ARAB ADA MENYEBUT...

  
"Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus"



 "Belajarlah sehingga menemui kebodohan"

Tuesday, 9 October 2012

SUJUD SAHWI



1. Sujud yang dilakukan apabila melakukan kesalahan tertentu dalam solat.
2. Dilakukan sebanyak 2 kali sebelum memberi salam (Mazhab Shafie).

Bacaan

1. "Subhaana man laa yanaamu walaa yashuu"
     (Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak leka).

ATAU

2. "Subhaana rabbiyal A'laa wa bihamdih - 3X
     (Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujian ke atasNya).

 

Sunday, 29 July 2012

TAZKIRAH 1 RAMADHAN - TADARUS AL-QURAN



HADIS RIWAYAT IMAM AL-BUKHARI DAN MUSLIM
Ibnu 'Abbas r.a berkata : "Nabi SAW adalah manusia terbaik, dan Baginda menjadi lebih baik apabila datangnya Ramadhan ketika Jibril bertemu Baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadhan untuk bertadarus Al-Quran. Baginda akan membacanya dengan amat baik seperti angin yang bertiup lembut."

HADIS RIWAYAT IMAM AL-BUKHARI DAN MUSLIM
Fatimah r.a menceritakan bahawa Baginda bertadarus Al-Quran bersama Jibril sekali dan pada tahun kewafatan Baginda bertadarus bersama Jibril dua kali.

IMAM NAWAWI MENYATAKAN
Uthman bin 'Affan, Tamim al-Daariy, dan Said bin Jubair khatam Al-Quran dalam solat mereka di hadapan Kaabah pada setiap rakaat solat.

DICERITAKAN
Imam Syafi'e khatam Al-Quran pada Ramadhan sebanyak 60 kali.



* LARANGAN MENGKHATAM AL-QURAN KURANG DARIPADA 3 HARI? *

HADIS SAHIH RIWAYAT IMAM ABU DAUD
Nabi SAW bersabda: "Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam Al-Quran kurang daripada tiga hari."

IBNU HAJAR AL-'ASQALANI MENJAWAB
"Telah diriwayatkan golongan salafussoleh bahawa mereka mengkhatam Al-Quran lebih cepat daripada tiga hari."

JAWAPAN
1. Larangan tersebut tidak menunjukkan kepada pengharaman.
2. Khatam Al-Quran bergantung kepada situasi sahabat dan ulama terdahulu.
3. Imam Nawawi menyatakan bahawa kebanyakan salafussoleh akan khatam Al-Quran setiap daripada  
    tujuh hari (seminggu).
4. Digalakkan untuk membaca Al-Quran dengan penuh sopan dan tertib tanpa tergesa-gesa untuk 
    mengkhatamnya dalam waktu yang singkat.
5. Seelok-eloknya bacalah dengan adanya tadbbur (menghayati setiap ayat-ayat Al-Quran).
  



Thursday, 17 May 2012

SOAL JAWAB - DRY CLEANING


  • Sekiranya pakaian yang terkena najis dicuci secara dry cleaning (cucian kering), maka tidak sah cucian tersebut dan tidak sah solatnya menggunakan pakaian tersebut.
  • Sebaliknya, jika pakaian itu bebas daripada najis (hanya kekotoran biasa), maka pakaian yang dicuci secara dry cleaning (cucian kering) itu boleh dibawa sembahyang dan sah solat tersebut.


SOAL JAWAB - PERUBATAN BOMOH

  • Boleh mempercayai jika kita tahu bahawa mereka tidak mensyirikkan Allah.
  • Walaubagaimanapun, kita mesti yakin bahawa yang menyembuhkan penyakit itu bukan bomoh (mereka hanya asbab), tetapi yang menyembuhkannya hanya Allah SWT.
  • Yakin selain daripada Allah SWT adalah syirik (dosa besar yang tiada pengampunan).
  • Berubat hanyalah merupakan ikhtiar atau usaha yang disuruh oleh agama.
  • Dalam Islam, ada ulama' yang menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai penawar dalam perubatan (Perubatan Islam).
  • Hal ini kerana Al-Quran merupakan ubat segala penyakit (penyakit hati dan penyakit fizikal).

Tuesday, 21 February 2012

BATAS HUBUNGAN SEKSUAL SUAMI ISTERI

  
HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM
"Tidak kiralah dia berjimak dalam keadaan berdiri, duduk, atau meniarap (suami tindih perempuan yang meniarap) selagi tempat masuk zakar adalah faraj."

HADIS RIWAYAT AL-TIRMIZI
"Allah SWT tidak melihat kepada lelaki yang mendatangi lelaki atau perempuan pada dubur."

HADIS IMAM AZ-ZAHABI - KITAB AL KABAIR
"Allah SWT melaknat suami yang menyetubuhi isteri masing-masing di duburnya tidak di qubulnya. Jika memasukkan alat kelamin dilaknat oleh Allah dan berdosa, mala memasukkan jari ke dalam dubur adalah sesuatu yang haram dan tidak wajar juga."




IMAM AL-ALUSI - TAFSIR RUH AL-MA'ANI
Dibolehkan mendatangi isteri dari arah mana sekalipun asalkan masih ke arah kemaluannya.


AL-ZAMAKHSYARI
Dibolehkan dengan sebab tempat tersebut (faraj) adalah saluran sebenar dalam melahirkan keturunan.




RIWAYAT AL-TABRANI
Suami mendatangi isteri dari arah belakang (dubur) = Perbuatan kufur dan tergolong dalam kategori liwat kecil. 

HURAIAN
- Suami isteri boleh melakukan hubungan seks dengan berbagai posisi atau teknik, tetapi ia mesti halakan
  zakarnya ke lubang faraj isterinya.
- Dubur adalah tempat keluarnya najis, sudah pasti ia akan memudaratkan.
- Dubur bukanlah tempat untuk mencari kelazatan jimak.
- Sedangkan wanita dalam haid sekalipun dinyatakan kotor oleh Al-Quran, inikan pula dubur.


KESIMPULAN
- Jimak itu diharuskan melalui mana-mana arah sekalipun asalkan ia di qubul bukan di dubur.
- Menunjukkan bahawa Islam mempertahankan hak wanita dalam menikmati hidup berkeluarga.

Wednesday, 15 February 2012

BANTERAS ZINA


KITAB AL-ZAWAJIR'AN IKTIRAF AL KABAIR - IBN HAJAR AL-HAITHAMI
Zina mempunyai beberapa peringkat;
(1) Zina dengan perempuan yang tidak bersuami   = dosa besar
(2) Zina dengan perempuan yang bersuami            = dosa lebih besar dari (1)
(3) Zina dengan perempuan yang mahram             = dosa lebih besar dari (2)

(4) Zina orang yang belum berkahwin
(5) Zina orang yang telah berkahwin                     = dosa lebih besar dari (4)

(6) Zina orang muda
(7) Zina orang tua                                                = dosa lebih besar dari (6)




HADIS RIWAYAT AHMAD - DARIPADA MAIMUNAH R.A.
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir saja Allah 'Azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya."

SIFAT ORANG MUKMIN


HADIS RIWAYAT MUSLIM
"Apabila seseorang mukmin itu memperoleh kebaikan, dia terus bersyukur kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya."

PRIHATIN CEGAH KEMUNGKARAN


JAGA TEPI KAIN ORANG
- Harus untuk amar makruf nahi mungkar (cegah kemungkaran).
- Dilarang jika untuk tujuan fitnah.




DICERITAKAN OLEH IMAM MALIK BIN DINAR R.A.
Ketika beliau hendak makan, tiba-tiba seekor kucing menyambar sepotong daging dari pinggannya. Lalu beliau mengekori ke mana ia dibawa. Rupa-rupanya kucing itu mencampakkan daging itu ke dalam lubang berbatu yang dihuni oleh seekor ular buta yang kelaparan.

~ Renungilah, betapa prihatinnya haiwan ini walaupun berlainan jenis ~

Sunday, 12 February 2012

GALAKAN BERSELAWAT


UTUSAN BAGINDA SAW MENYEBUT
"Kami telah mendapat kelapangan dunia daripada kesempitan jahiliah, dari sistem perhambaan sesama manusia kepada penyembahan kepada Allah yang satu."


AL-HADITH - DARIPADA ABU HURAIRAH R.A.
Sabda Nabi SAW: "Amat malang kepada mereka yang mendengar namaku disebut dan dia tidak berselawat kepadaku."


KITAB SYIFA' AS-SYARIF
Baginda SAW bersabda: "Mereka yang terselamat daripada kejutan hari kiamat ialah mereka yang banyak berselawat kepadaku."


AL-HADITH - DARIPADA ANAS BIN MALIK R.A.
Baginda SAW bersabda: "Semua doa akan tergantung antara langit dan bumi sehingga empunya doa berselawat kepada Nabi SAW."

NIAT PENENTU AMALAN


HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM, AT TARMIZI, DAN AN-NASA'I
Dari Amir Al-Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan."


HADIS RIWAYAT IBN MAJAH
Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak menerima amalan, melainkan amalan yang ikhlas dan yang kerana untuk mencari keredhaan Allah."

Monday, 6 February 2012

KEPEMIMPINAN QUDWAH (CONTOH TELADAN)



PEPERANGAN KHANDAQ
Imam Bukhari meriwayatkan dalam hadis daripada Jabir, yang berkata: Pada hari menggali kubu, kami telah direntangi oleh seketul batu pejal. Lalu sahabat pergi bertemu Rasulullah SAW dan menceritakan kepada Baginda perihal batu itu. Lalu Baginda menjawab bahawa Baginda akan memecahkan batu berkenaan. Kemudian Baginda SAW terus bangun sedangkan di perut Baginda telah diikat dengan batu kerana menahan lapar setelah tiga hari berturut-turut tidak menjamah makanan. Baginda SAW mengambil pemecah batu (al-Ma'ul) lalu dicangkul Baginda hingga hancur.

WASATIYYAH - SIFAT KESEDERHANAAN



AL-IMAM IBNU AL-QAYYIM BERKATA (KITAB MADARIJ AL-SALIKIN)
Sebahagian ulama salaf berkata: "Apa yang diperintahkan oleh Allah, pasti syaitan akan mengganggu dengan dua tarikan; sama ada ke arah pengabaian ataupun ke arah berlebihan. Syaitan menganggap mana-mana daripada dua perkara ini sebagai kejayaan, iaitu pertambahan atau pengurangan."

ISTILAH
AL-KHAIRIYYAH - Kebaikan
AL-'ADALAH - Keadilan
AL-TAWASSUT BAYN AL-IFRAT WA AL-TAFRIT - Pertengahan antara melampau dalam berlebihan dan melampau dalam berkurangan.

IBNU MASKAWEH
"Sesungguhnya sukar menentukan pertengahan itu dan berpegang kepadanya setelah menetapkannya." 

DALAM IBADAH
Teguran Nabi Muhammad SAW berikan kepada sekumpulan sahabat yang mahu mengekang nafsu daripada berkahwin, tidak mahu berbuka apabila berpuasa dan mengharamkan diri memakan daging yang halal. Baginda mengingatkan kepada mereka, sedangkan baginda sendiri seorang Nabi berkahwin, berbuka apabila berpuasa dan memakan daging yang dihalalkan.
Lantas baginda memberi penegasan - bahawa sesiapa yang tidak menyukai sunnah Baginda, dia bukanlah umat Nabi Muhammad SAW.



Wednesday, 1 February 2012

AMANAH - SENANG DIUCAP, SUKAR DILAKSANA



HADIS RIWAYAT IMAM BUKHARI DAN MUSLIM
"Tiap seorang di antara kamu adalah pengawal yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya (orang yang di bawah peliharaannya). Seorang lelaki adalah pelindung kepada ahli rumahnya yang bertanggungjawab terhadap tanggungannya. Perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Begitu juga seorang khadam adalah pemelihara harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya."


KISAH 1
Pernah suatu masa Abu Dzar meminta Rasulullah SAW melantik beliau untuk memegang sesuatu jawatan tetapi permohonan Abu Dzar ditolak Baginda. Sambil meletakkan tangannya di atas bahu Abu Dzar, Baginda menyatakan (Abu Dzar) seorang yang lemah, manakala jawatan pula adalah amanah. Rasulullah SAW bimbang Abu Dzar akan malu dan menyesal di akhirat kelak kerana tidak dapat dan tidak mempunyai kemampuan menyempurnakan tanggungjawab diamanahkan dengan sempurna.

KISAH 2
Pada suatu hari Baginda pernah melantik seorang lelaki, Al Lutbiyah dari puak Azd sebagai amil memungut zakat. Apabila kembali dengan pungutannya, lalu ia berkata: "Inilah saja yang berhak kepada kamu (zakat) dan yang lain ini telah diberi hadiah kepadaku." Mendengar kata-kata Al Lutbiyah itu, Rasulullah SAW lantas bangkit dari tempat duduknya dan bertanya Al Lutbiyah, adakah hadiah diperoleh itu akan datang jika dia hanya tinggal di rumah ibu bapanya saja. 

Teka-teki Imam al-Ghazali: "Apa yang paling berat di dunia ini?" Jawapannya ialah memikul amanah!
 

Tuesday, 31 January 2012

SOAL JAWAB - ALAT MUZIK BERTALI



IMAM AL-GHAZALI R.A BERKATA
"Tidak ada keterangan yang jelas daripada sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang. Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya bersekongkol dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina, dan perbuatan berdosa yang lain. Sebab pengharaman alatan yang dipetik (misalnya gitar) dan ditiup (misalnya serunai) sebagaimana yang disebut dalam hadis Nabi SAW bukan kerana alatan tersebut menimbulkan kelazatan kepada pendengar tetapi pengharaman alatan yang disebut dalam hadis-hadis Nabi SAW kerana alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq, maksiat, serta peminum-peminum arak dan menjadi syiar mereka. Adapun begitu, muzik tidak haram dari segi irama atau bunyinya. Sebab menjadikannya haram ialah unsur-unsur luaran yang lain iaitu kerana alatan yang biasa digunakan dalam majlis-majlis dan tujuan-tujuan yang bertentangan dengan batas syarak. Penggunaan alat-alat tersebut juga mestilah berlegar dalam lingkungan yang dibenarkan syarak."

Kesimpulannya, harus bermain dengan semua jenis alat muzik selagi tidak melalaikan dan bercampur dengan maksiat.

SOAL JAWAB - HUKUM LELAKI PAKAI EMAS, PERAK, ATAU PLATINUM



1. Perak (cincin) - Tidak dilarang memakai, terpilih bagi lelaki kerana merupakan sunnah Nabi SAW.

ANAS R.A BERKATA
"Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom, Baginda telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada cap ke atasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya. Bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah."

IBNU TAIMIYAH R.A BERKATA
"Bagi cincin perak dibenarkan, menurut sepakat imam-imam, kerana sesungguhnya sahih datang daripada riwayat bahawa Nabi SAW memiliki cincin perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin.

2. Emas (termasuk emas putih) - Diharamkan oleh sepakat imam-imam yang empat.

3. Platinum - Logam berlainan daripada emas, berwarna putih keabu-abuan, tahan karat, digunakan dalam (perhiasan, peralatan makmal, gigi, peralatan mengawal pembebasan asap kenderaan), dan berbeza daripada emas putih. Halal dipakai.
                



Saturday, 28 January 2012

UTAMAKAN ANGGOTA KANAN MEMBAWA BERKAT




HADIS RIWAYAT MUSLIM - DARIPADA AISYAH R.A
"Rasulullah SAW lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala keadaan (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk, dan mandi."




HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI - DARIPADA ABU HURAIRAH R.A
"Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka."




HADIS RIWAYAT MUSLIM - DARIPADA SALMAT BIN AL-AKWAA'
Seorang lelaki makan di sisi Rasulullah SAW dengan tangan kirinya lalu Baginda menegurnya dengan bersabda: "Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu. Lelaki itu menjawab: Aku tidak berupaya berbuat demikian. Baginda bersabda lagi: Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong. Salmat berkata: Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya)."  


Wednesday, 25 January 2012

RENUNGI KEHIDUPAN INGATI KEMATIAN


HADIS RIWAYAT IMAM AL-TIRMIDZI
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas daripada seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)."
 
SYAIR ARAB
"Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam itu. Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba."

AL-RIFA'I BERKATA
"Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan: Dulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam."

UMAR BIN ABDUL AZIZ BERKATA
"Wahai fulan! Engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir mengenai kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya."