HADIS RIWAYAT IMAM AL-BUKHARI DAN MUSLIM
Ibnu 'Abbas r.a berkata : "Nabi SAW adalah manusia terbaik, dan Baginda menjadi lebih baik apabila datangnya Ramadhan ketika Jibril bertemu Baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadhan untuk bertadarus Al-Quran. Baginda akan membacanya dengan amat baik seperti angin yang bertiup lembut."
HADIS RIWAYAT IMAM AL-BUKHARI DAN MUSLIM
Fatimah r.a menceritakan bahawa Baginda bertadarus Al-Quran bersama Jibril sekali dan pada tahun kewafatan Baginda bertadarus bersama Jibril dua kali.
IMAM NAWAWI MENYATAKAN
Uthman bin 'Affan, Tamim al-Daariy, dan Said bin Jubair khatam Al-Quran dalam solat mereka di hadapan Kaabah pada setiap rakaat solat.
DICERITAKAN
Imam Syafi'e khatam Al-Quran pada Ramadhan sebanyak 60 kali.
* LARANGAN MENGKHATAM AL-QURAN KURANG DARIPADA 3 HARI? *
HADIS SAHIH RIWAYAT IMAM ABU DAUD
Nabi SAW bersabda: "Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam Al-Quran kurang daripada tiga hari."
IBNU HAJAR AL-'ASQALANI MENJAWAB
"Telah diriwayatkan golongan salafussoleh bahawa mereka mengkhatam Al-Quran lebih cepat daripada tiga hari."
JAWAPAN
1. Larangan tersebut tidak menunjukkan kepada pengharaman.
2. Khatam Al-Quran bergantung kepada situasi sahabat dan ulama terdahulu.
3. Imam Nawawi menyatakan bahawa kebanyakan salafussoleh akan khatam Al-Quran setiap daripada
tujuh hari (seminggu).
4. Digalakkan untuk membaca Al-Quran dengan penuh sopan dan tertib tanpa tergesa-gesa untuk
mengkhatamnya dalam waktu yang singkat.
5. Seelok-eloknya bacalah dengan adanya tadbbur (menghayati setiap ayat-ayat Al-Quran).


No comments:
Post a Comment